Sebab punggung dan peha bayi melecet
- Kerap buang air besar atau kecil
- Bayi sudah mula makan makanan selain susu ibu
- Suhu badan bayi panas
- Lampin pakai buang yang di pakai utuk tempoh lama
- Lampin yang terlalu longgar atau terlalu ketat
👶 Tuam/cuci/lalukan bahagian melecet dgn air sejuk
Semasa mencuci najis bayi biasanya saya gunakan air suam sebab najis cepat tanggal dengan air suam. Tambah lagi kalau sebelumnya bayi saya makan sayuran yang kurang lembut, jadi najis yag keluar pun kasar dan melekat pada punggung bayi. Jadi sewaktu membersih gunakan air suam lebih mudah. Tetapi di sebabkan punggung bayi melecet, selepas cuci dengan air suam sekadarnya, saya bilas semula dengan air yang tidak telalu sejuk. Tujuannya supaya kawasan yang pedih dan melecet tadi rasa selesa dan kebas jadi bayi pun kurang merengek.
👶 Gantikan lampin bayi setiap 2 atau 3 jam
Untuk gantikan lampin bayi setiap 3 jam mungkin susah sedikit kerana ia melibatkan kos dan masa. Mungkin kita boleh anggar mengikut kesesuaian situasi dan keadaan bayi. Ada sesetengah bayi yang kurang kencing smasa tidur, manakala bayi lain pula sebaliknya. Kadangkala ia juga bergantung kepada pengambilan susu bayi tersebut, jika sebelumnya bayi sudah minum dengan banyak pada satu masa ada kebarangkalia lampin bayi perlu ditukar dengan kerap. Dan kadang kala juga kita lihat lampin bayi seakan kosng. Tapi sebenrnya jika kita buka dan tukar, ada kesan kekuningan yang ketara di dalam lampin bayi. Perlu diingat, lampin memang mempunyai sifat yang menyerap, jadi tak perlu tunggu sampai lampin terlalu penuh untuk menukar lampin bayi.
👶 Untuk bayi yang sudah mula makan makanan pejal, beri sedikit air kosong sebelum dan selepas makan.
Air kosong bertindak untuk melancarkan system penghadaman bayi. Bukan bertujuan untuk mengenyangkan bayi. Jadi tak perlu banyak, cukup sekadar beberapa sudu besar sebelum, selepas dan mungkin sedikit semasa makan jika makanan bayi tidak cukup lembut.
👶 Pastikan saiz lampin bayi betul dan sesuai dengan perut dan punggung bayi.
Kita biasa menggunakan aggaran berat yang tertulis di luar pek lampin bayi sebagai panduan. Tapi perlu diingat, itu cuma anggaran kasar. Berdasarkan penglaman saya, bayi saya biasanya menggunakan saiz yang lebih besar dari yang sepatutnya. Pada umur 1 bulan bayi say sudah menggunakan lampin bersaiz M. Kerap lah periksa di kawasan punggung, perut dan peha bayi, jika ada kesan lampin berbekas, itu tanda awal lampin bayi sudah perlu ditukar saiz nya. Jika ada peruntukkan lebih, cadangan saya tukar kepada lampin jenis pants. Sebab lampin jenis ini lebih memeri di bahagian perut bayi dan bayi selesa untuk bergerak.
👶 Kekalkan suhu bilik pada tahap sederhana.
Tidak terlalu sejuk atu tidak terlalu panas. Bila suhu bilik terlalu sejuk, badan akan menghasilkan air kencing yang lebih panas dan menyebakan kulit bayi melecet. Ini kerana kulit bayi sangat sensitive. Sedikit perubahan suhu sahaja sudah menyebabkan kerengsaan kulit bayi.
👶 Sapukan krim yang mengandungi rasa sejuk dan anti radang
Saya gunakan Herbal Blend Cream Shaklee. Ia terbukti selamat kerana dibuat daripada bahan semula jadi dan telah berada di pasaran selama 30 tahun. Yang paling saya suka ia Paraben Free. Jadi saya yakin ia selamat walaupun di serap kedalam kulit. Herbal Blend ini juga ada kandungan menthol yang menberikan rasa sejuk selesa tetapi tidak terlalu berangin. Selepas sapu pada bahagian melecet di punggung bayi akan rasa segar dan sejuk. Bayi saya ada alahan kalau menggunakan produk yang terlalu berangin seperti minyak angin, atau balm, sebab bila terlalu berangin dan sejuk, bayi saya akan jadi sakit perut. Tetapi bila saya gunakan Herbal Blend ini bayi saya tidak mengalami masalah berkaitan.
Ini sedikit sharing saya bagaimana saya merawat luka melecet di punggung dan peha bayi dengan sedikit bantuan dari Herbal Blend Shaklee.
Dan kalau berminat untuk cuba menggunakan Herbal Blend Shaklee kepada bayi anda boleh hubungi/msg/whatsapp saya di 01234 36284.
Ada banyak kegunaan lain Herbal Blend Shaklee. Nanti saya ceritakan di entry lain.
Dengan setiap pembelian :
😘 Free konsultasi
😘 Free cod sekitar Senai, Kulai, Pontian
😘 Free tips penjagaan bayi
😘 Free sembang-sembang mak mak
😘 Free kawan baru
😘 Postage seluruh Malaysia
Berapa ye harganya? Sy di senai
ReplyDeleteNak beli
ReplyDeleteSaya xthu plak poduk ni blh pkai kt pnggung baby..slalu pkaikn kt tgn kaki bdan je..ank sy mngalami exzema..sesuai ke ngn kult exzema sbnrnye ye..
ReplyDelete