Saya kenal Shaklee sekitar tahun 2008. Waktu tu saya tahun akhir Ijazah Kejuruteraan di Melaka. 'Girlfriend' rakan sekelas saya (sekarang dah jadi wife) yang bercerita tentang Shaklee. Tapi mungkin waktu itu saya belum nampak kelebihan Shaklee. Jadi kata-kata beliau bagaikan angin lalu sahaja. Beberapa tahun selepas itu beliau naik rank Supervisor dan kemudian layak menerima Car bonus. Saya ? Masih lagi tiada apa rasa.
Selang beberapa tahun anak sulung saya berumur hampir dua tahun. Masih menyusu badan sepenuhnya. Tapi susu mulai berkurang. Pump setiap hari untuk bekalan hari esok. Kadang kala balik rumah waktu rehat untuk hantar bekalan susu. Officemate saya cadangkan Kak Laila untuk konsultasi. Waktu itu masih lagi was-was. Kemudian saya baca sharing Kak Laila dalam blog beliau. Bila ada sikit keyakinan saya beli Esp dan Alfafa sebagai permulaan untuk set menyusu. Kemudian saya buat pengiraan perbezaan harga retail dan kos daftar sebagai ahli, anggarannya jika saya beli 3 atau 2 jenis supplement dengan harga retail, jumlah beza harga tersebut saya boleh bayar pendaftaran sebagai ahli. Terus saya daftar sebagai ahli dengan Kak Laila aka Akak Selim.
Soalan pertama saya sebelum jadi ahli dengan kak Laila, kos untuk jadi ahli dan kos untuk jadi ahli yang menjual ada beza tak?. Jawapannya TIADA. Di situ hati dah terpaut sedikit. Sebab ada sesetengah produk yang mengenakan cas tambahan untuk jadi pengedar. Ada yang panggil sebagai yuran komitmen supaya kita sentiasa jual barang jenama tersebut. Biasanya mereka yang buka butik atau sewa kedai sendiri dan bercadang meletakkan poduk tersebut di rak kedai mereka. Kadangkala cas tambahan tersebut adalah bekalan stok barang sebagai permulaan untuk berniaga. Untuk konsep sebegini saya memang reject. Bagaimana saya boleh simpan stok barang kalau saya sendiri belum mula berniaga. Kemudian simpan stok barang yang saya sendiri tak perlu pakai pun. Simpan sampai expired. Sudahnya, burn sebab dah expired. Lagipun pada masa itu, menjual secara dalam talian belum lagi popular. Jadi konsep jualan adalah pamer barang - pelanggan datang buat belian. Lebih kurang lah.
The rest is history. Nanti saya ceritakan di lain entry untuk pengalaman saya consume ESP dan Alfafa untuk tambah susu. Dan bagaimana tiba-tiba saya rasa nak serius perkenalkan Shaklee kepada anda semua.
Dan sekarang harga untuk pendaftaran ahli baru ialah RM80.00 termasuk postage starterkit.
Boleh hubungi saya di 0123436284 untuk jadi ahli Shaklee dan sebahagian keluarga besar iReach ya.
Shaklee Lover
Maza
01234 36284
Comments
Post a Comment