Sejak akhir-akhir ini banyak skin care yang telah disenaraikan oleh KKM sebagai merbahaya kerana mempunyai bahan kimia berjadual atau tidak mengikut piawai KKM. Bila KKM dah keluarkan senarai, mula lah masing-masing belek skin care yang ada dalam beg tu kan? ada merkuri kah ? berbahaya tak?
Bila kita sudah membuat keputusan untuk tukar skin care daripada yang mempunyai racun berjadual, kepada yang lebih mesra alam, ada beberapa tip yang boleh di gunakan. Ya, nak tukar skincare pun ada cara dia tau ! . Bukan main guna atau tukar je. Takut-takut kesan gabungan produk lama dgn produk baru boleh menjadi racun pula.
Ini dia cara penukaran skincare yang betul dan selamat.
1. Berhenti guna skin care
Berhenti guna previous skincare dalam 7-14 hari. Boleh sapukan pelembap secara halus untuk elak kulit kering. Tapi sebaiknya jangan letak apa pun. Doktor suggest hanya basuh air suam selalu pada muka atau guna hampas teh hijau yang telah digunakan untuk buat air. Sebab air tersebut lebih cair dan ringan untuk muka. Jadikan sebagai air bilasan untuk mencuuci muka.
2. Biarkan wajah neutral
Biarkan selama 7 hari sekurang-kurangya Iaitu membiarkan wajah anda bebas dari sebarang produk. Penerimaan kulit kita berbeza-beza, takut juga kulit kita terkejut dgn kedatangan produk baru nanti. Jadi biarkan kulit dalam keadaan yang neutral dan keadaan asal kulit yang asli. Dari situ barulah kita tahu kulit kita jenis kering ? atau kombinasi? atau jenis berminyak?. Sebab kulit dalam keadaan nya yang asli tanpa unsur luar.
3. Healing Krisis. (tempoh penyembuhan)
Healing krisis ni selalu kita dengar bila mula-mula pakai skin care baru kan? Sebenarnya Healing krisis bergantung kepada jenis kulit dan jenis produk yang digunakan sebelumnya. Jika produk sebelumnya adalah jenis yang banyak merkuri atau diperbuat dari bahan kimia, healing krisis ni akan ambil masa yang lama untuk pulih. Tetapi jika anda bukan pengguna tegar produk skin care atau hanya menggunakan bahan yang natural, dan bila menggunakan produk skin care yang baru, muka terus merah menggelupas sebenarnya itu adalah tanda-tanda awal produk tersebut ada bahan kimia dan tidak patut terus digunakan. Cadangan saya, healing krisis sepatutnya hanya berlaku sekitar 1 hingga maksimum 2 minggu. Jika lebih mungkin pendekatan berbeza perlu dilakukan atau check semula skin care yang digunakan.
Yang lebih baik ialah gunakan skin care yang terbukti selamat dan berkesan. Kaji kandungan skin care terlebih dahulu. Adakah ada bahan terlarang?
Pilihan saya adalah Skin Care dari set Nutriwhite.
Untuk saya, saya mulakan dengan Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser.Pertama kali cuba terus jatuh chentaaa..
Hubungi saya untuk tahun lebih lanjut mengenai produk Nutriwhite ya.
Shaklee Lover,
Maza
01234 36284
Comments
Post a Comment