Cara merawat dan mengurus anak chikenpox

Beberapa hari sebelum, anak saya bercerita, ada classmate dia tak datang sekolah. Bila saya selidik dengan guru kelasnya memang ada pelajar yang cuti disebabkan Chikenpox. Bermula dari itu saya agak risau sebab Muiz kadangkala nampak macam demam tapi masih boleh main dan sihat macam biasa. Saya cuba updose Vitamin C untuk kanak-kanak, tapi masih lagi demam on off. Seminggu selepas tu keluar bintik di muka. Benda pertama yang terlintas Muiz kena Chikenpox.
Cara merawat dan menguruskan anak Chiken Pox
Jumpa Doktor
Perkara pertama, bawa anak ke Klinik dan dapatkan pengesahan doktor. Juga dapatkan surat cuti sakit untuk anak ( dan ibu jika perlu ) sebagai bukti untuk diserahkan kepada pihak sekolah/tadika. Doktor yang memeriksa sempat puji chikenpox Muiz tadi, katanya gelembung chikenpox Muiz yang paling besar masih dikira kecil jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain. 
Minum Air Kelapa
Kawasan Bandarputra tak susah nak cari kedai yang menjual air kelapa. Balik dari Klinik terus ke kedai di hujung blok. Beli kelapa muda yang belum di tebuk isi untuk stok 2 hari. Sebiji boleh di minum dua kali pada waktu pagi dan petang. Setakat ni Muiz memang boleh minum air kelapa. Sedap katanya sebab ada rasa macam minum air gas atau air 100plus.
Daun Semambu
Harganya sangat murah. Saya minta RM2.00 penuh satu beg plastik dia bagi.Daun semambu ni digunakan sebagai air mandian dan sebagai ramasan untuk disapu ke badan kanak. Tapi saya tak ramas ke badan Muiz pun. Sekadar buat air mandian. Daun semambu ni boleh kurangkan gatal miang chikenpox tu. Cuma saya sediakan sedikit ranting kecil daun semambu untuk Muiz gunakan waktu dia rasa nak menggaru bahagian yang gatal tu. Daun semambu mudah di jumpai di kedai-kedai menjual barangan agama hindu. Kalau di Bandarputra, di kawasan Jalan Kenari. Kalau orang kedai tu tak paham daun semambu, cakap nak daun untuk Chikenpox.
Banyak makan buah buahan.
Kami sekeluarga memang penggemar buah. Buah epal dan oren memang sentiasa ada dalam fridge. Buah adalah sumber serat dan sumber air untuk tubuh badan. Kanak-kanak biasanya memang susah minum plain water. Termasuk lah Muiz. Tapi Muiz memang minta potongkan buah oren setiap hari. Dan hasilnya dia memang gembira dan berjaya setiap kali membuang air besar di toilet. Dan setiap hari dia akan report kepada saya berapa kuantiti yang dia berjaya keluarkan. Sambil tu dia pun belajar mengira 1 hingga nombor puluh.
Tambah dos vitamin C
Vitamin C juga membantu meningkatkan sistem imun. Selain dari sumber buah oren, juga boleh ambil Chewable Vitamin C yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Muiz memang sangat sukakan chewable vitamin C ni sampaikan satu tahap saya terpaksa sorok dari Muiz. Gula-gula masam katanya. Dos yang di sarankan untuk kanak-kanak ialah 15mg (1yr-3yrs) dan 25mg (4yrs-8-yrs). Perubahan besar yang saya dapati apabila Muiz konsisten makan buah dan ambil chewable vitamin C ni, dia kurang batuk. Bukanlah Muiz tidak pernah batuk langsung tapi bagi saya ia masih dalam keadaan yang tidaklah membimbangkan. Kalau hari sebelumnya Muiz minum ais blended atau smoothie yang dijual di kedai, esok nya memang dia akan batuk, tetapi dalam sehari dua batuknya hilang dan tak lah melarat sampai berkahak dan batuk yang berbunyi pelik. Oh ya, kami sekeluarga memang ada pantang minum ais, tapi kadang2 muiz pun teringin minum air yang selalu jadi viral tu, contohnya Pirate Coffee, Coffee Ngences, dsb. Memang saya belikan, tapi sudahnya Muiz cuma minum tak sampai separuh , sudahnya saya yang kena habiskan. Macam mana saya sekeluarga boleh pantang minum ais? Nanti saya ceritakan di entry lain.
Sediakan tempat khas
Bagi mengelakkan adik beradik lain berjangkit, sediakan tempat khusus untuk anak yang ada chikenpox. Untuk Muiz, saya sediakan tilam khas untuk dia sahaja di depan TV untuk mengelakkan dia bosan sebab terpaksa duduk diam. Tilam tu saya alas lagi dengan kain batik dan di lapis dengan Daun semambu tadi.
Pakaikan baju panjang
Tips yang ni saya rasa berbeza sedikit dengan tips orang lain. Kebanyakan ibu bapa mungkin pakaikan baju lengan pendek dan seluar pendek untuk mengurangkan panas badan kanak-kanak. Tapi untuk keadaan Muiz waktu itu saya lebih suka pakaikan baju lengan panjang dan seluar panjang. Ada beberapa sebab. Antaranya pada waktu itu, Muiz sudah mula pulih dari demam dan suhu badannya tidaklah terlalu panas. Jadi tiada keperluan saya untuk menghilangkan panas badan dengan cara membiarkan dia tak berbaju. Untuk hilangkan panas badan saya lebih suka cara dengan mandikan air pasa suhu bilik tetapi kerap mandi. Sebab lain juga adalah saya mahu elakkan gelembung air dari chikenpox tersebut merebak kepada adik Muiz. Kadang kala saya memang tak dapat elak Muiz dan adik nya bertegur sapa sambil menyentuh antara satu sama lain. Bila Muiz berseluar panjang dan berlengan panjang saya dapat mengurangkan risiko cecair tersebut transfer kepada adiknya. Di samping itu saya juga dapat mengurangkan risiko Muiz menggaru dengan kuku. Saya pesan kepada Muiz, kalau gatal garu kat luar baju atau gosokkan daun semambu di bahagian yang gatal.
Sapu losyen
Selepas berjumpa doktor untuk mengesahkan Muiz terkena chikenpox, doktor juga ada bekalkan calamine losyen untuk mengurangkan iritasi. Saya sapu calamine losyen habis satu badan Muiz. Tapi bila waktu mandi, ada sesetegah kawasan yang agak kering susah nak di bersihkan bekas calamine losyen contohnya bahagian siku. Jadi saya selang selikan calamine losyen dan Herbal Blend Shaklee. Bila calamine losyen dah habis memang saya gunakan Herbal Blend sahaja. Hasilnya gelembung chikenpox cepat kering dan parut cepat pudar. Lagipun Herbal Blend Shaklee ada kandungan menthol yang ada rasa berangin dan sejuk. Muiz memang suka sebab dapat kurangkan rasa gatal chikenpox dan dia pun kurang menggaru.
Mandikan selalu
Muiz memang selalu saya mandikan. Pagi, petang, dan sebelum tidur. Tujuannya untuk menurunkan panas badan, membersihkan sisa air dari gelembung chikenpox, dan memudahkan proses menyapu losyen. Lebihan dari daun semambu yang saya beli tadi saya ramaskan dalam air mandian Muiz. Tapi muiz tak berapa suka mandi air daun. Kemudian saya cuba pula dengan air rebusan akar kayu (boleh beli dari sigseh) yang bertujuan untuk mengecutkan gelembung chikenpox dan mengurangkan iritasi. Muiz reject juga sebab warna air mandian macam air kencing. Jadinya, saya titikan basic H dalam air mandian Muiz. Air masih lagi warna neutral dan bagus untuk menurangkan iritasi di samping membersihkan kuman. Muiz mandi dengan aman. Kurang satu drama.
Tingkatkan imun badan
Banyak sumber makanan yang boleh tingkatkan imun badan. Antara cara mudah adalah dengan menyediakan sup ayam yang diletakkan bawang putih dengan banyak. Sebab bawang putih merupakan antioksidan dan antiradang yang sangat berkesan. Biasanya saya letakkan sebiji labu bawang putih. Jadi untuk tingkatkan dos saya tambah setengah labu lagi. Ada lagi cara paling mudah. Kemam Nutriferon satu sachet setiap pagi dan sebelum tidur. Rasanya manis buah macam kemam gula pasir. Kalau bagi Muiz Nutriferon ni memang dia mintak lagi dan lagi. Tak pernah cukup.
Elak makanan bergoreng
Menurut doktor makanan bergoreng boleh menyebabkan kesan chikenpox lambat kering. Bagi Muiz ini memang susah nak elak sebab kegemaran dia ayam goreng. Jadi saya goreng ayam dalam non stick pan. Supaya ada rasa garing tapi tak berminyak. Oh ya, sejak beberapa bulan ini saya mula tukarkan ayam yanag saya selalu beli dari ayam biasa kepada ayam organim atau ayam yang dibela secara semula jadi. Mungkin belum tukar sepenuhnya tapi sudah mula nampak kesan positif kepada keluarga kami.
Nak tahu lebih lagi tentang Nutriferon, Chewable Vitamin C,  Omega Guard, Herbal Blend Shaklee dan Basic H ?
Hubungi Maza di 0123436284
Shaklee Lover

Comments